- "Penjodoh '' membawa erti ''pemadan '', ''pasangan'' atau ''lawan'' sesuatu.
- "Penjodoh bilangan'' merupakan perkataan yang digunakan mendahului dan berpasangan dengan sesuatu kata nama untuk menjelaskan jenis dan bilangan kata nama itu . Contohnya : ekor untuk serangga dan haiwan , helai untuk kain dan kertas , keping untuk kad dan papan , biji untuk buah-buahan , buah untuk buku dan rumah , dan lain-lain lagi.
- Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk membilang kata nama abstrak seperti " beberapa cara", "semua pendapat", "satu abad", "segla sifat" ," pelbagai peringkat " dan sebagainya.Contohnya : baris , bentuk , biji , buah , butir dan lain-lain tidak perlu diselitkan kepada kata nama abstrak itu.
- Jika penjodoh bilangan tidak perlu digunakan di mana-mana, maksud perkataan yang berikutnya masih jelas tetapi frasa atau ayat itu mungkin tidak menjadi sesempurna yang diharapkan dalam penggunaan bahasa Melayu.Contohnya:"dua sahabat" berbanding dengan "dua orang sahabat " , "lima ayam" berbanding dengan "lima ekor ayam" atau "satu rumah" berbanding dengan "sebuah rumah" atau "(apa?) nasi" berbanding dengan "sesuap nasi ".
- Penjodoh Bilangan apabila digunakan dalam sesuatu frasa atau ayat , dapat menghasilkan penggunaan bahasa yang lebih indah dan idiomatik.Contohnya: " seulas nangka" dapat memberikan makna yang lebih tepat dan jelas daripada " sebiji nangka" apabila hendak menunjukkan maksud "isi" nangka itu sendiri . Begitu juga, misalnya,apabila hendak membezakan saiz atau kuantiti sesuatu seperti "sebaris puisi"dengan "serangkap puisi " dan "sesisir pisang" dengan"setandan pisang".
Pak Tam mengambil dua cekak benih padi
Kata Nama Kata Kerja Kata Bilangan Penjodoh Kata Nama Am
Khas Tentu Bilangan
KEGUNAAN PENJODOH BILANGAN
angkatan ( untuk kumpulan atau kelompok benda dan manusia)
CONTOH: belia , kapal perang , pelukis , penulis , sasterawan , tentera.
-Seangkatan tentera telah dihantar untuk berkhidmat di Bosnia.
bakul ( untuk benda yang disikan dalam bakul)
CONTOH: buah kuih , makanan , sampah.
-Penjual buah itu memunggah beberapa bakul buah durian ke atas lori.
baris ( untuk benda yang berderet atau manusia yang beratur)
CONTOH: ayat , bangku , kedai , murid , orang , pokok , rumah , tulisan .
-Sebaris kedai telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran semalam.
batang(untuk benda yang lurus , panjang dan keras)
CONTOH: galah , gigi , jalan , kapur ,kayu , lidi , lilin , mancis , paku , pembaris , pen , pensel , rokok , sungai , tongkat
-Adik meminta abang membelikannya sebatang pensel.
bentuk ( untuk benda kecil yang berbentuk lengkung)
CONTOH: cincin , mata kail , subang
- Ayah menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada ibu.
berkas ( untuk benda yang telah diikat dalam satu ikatan)
CONTOH: buluh , kayu , kunci , lidi , pensel , ranting , rotan .
-Pak Alim memikul seberkas kayu api dari dalam hutan .
bidang (untuk benda yang lebar , luas dan rata )
CONTOH: bendang , kebun , ladang , layar , permaidani , sawah , tanah , tikar.
-Petani itu sedang membajak sebidang tanah sawah berhampiran rumahnya
biji( untuk buah-buahan dan benda yang berbentuk bulat)
CONTOH: batu , bola , butang , cawan , ciku , durian , gasing , gula-gula , guli , nanas , pinggan , tembikai.
-Kak Ani membeli lima biji buah durian daripada penjual buah-buahan di gerai itu.
bilah (untuk senjata atau benda yang tajam dan runcing )
CONTOH: gergaji , gunting , jarum , kapak , keris , lembing , lidi , parang , pedang , pisau , tombak.
-Buah tembikai itu dibelahnya dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam .
blok (untuk membilang deretan bangunan , bongkah yang besar , kumpulan atau kelompok negara , perumahan)
CONTOH: bangunan , rumah , pejabat , negara Eropah , kain
-Dalam kejadian kebakaran petang semalam , dua blok bangunan kayu telah musnah dijilat api .
botol (untuk bahan cecair yang diisikan ke dalam botol)
CONTOH: air , dakwat , kicap , minyak , ubat.
-Beberapa botol ubat telah diberikan oleh doktor kepada Mak Milah yang sedang sakit tenat.
buah (untuk benda yang besar , tempat , bangunan dan semua jenis kenderaan )
CONTOH: almari , bandar , bas , basikal , beg , bukit , buku , dewan , dusun , jam , pulau , radio , songkok , raga , stadium.
-Kemalangan antara sebuah bas dan sebuah motokar itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.
buku (untuk benda yang berbuku dan berbongkah kecil )
CONTOH: benang , roti , sabun , gula melaka .
-Datuk memakan sebuku roti dengan seri kaya dan mentega .
bungkus (untuk kumpulan benda yang dibalut )
CONTOH: coklat , mi , nasi lemak , biskut.
-Mak Munah menyediakan lima puluh bungkus nasi lemak setiap hari untuk dijual di kedai Pak Lajis.
butir (untuk benda yang kecil dan bulat)
CONTOH: bawang , beras , intan , kelapa , manik , peluru , telur
-Datuk membeli seratus butir peluru dari kedai senjata api berlesen.
calit (untuk membilang tanda-tanda kecil yang terdapat pada sesuatu benda )
CONTOH: kapur , lumpur , dakwat
-Terdapat secalit dakwat yang berwarna hitam di baju sekolah Ah Hao.
carik (untuk benda yang dikoyak kecil-kecil memanjang )
CONTOH: daun , kain , kertas , perca .
-Ayah membuang tahi cicak dengan secarik kertas.
cebis (untuk benda yang sudah dipotong atau dikoyak kecil-kecil)
CONTOH: kain , kertas
-Abang menulis alamatnya di atas secebis kertas.
cekak (untuk benda yang dipengang secara mencekak )
CONTOH: benih padi , daun sirih , sayur-sayuran , serai
- Pak Tam mengambil dua cekak benih padi dari tapak semalam.
das ( untuk bunyi letupan dan tembakan)
CONTOH: meriam, pistol, senapang.
-Polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah perompak itu.
derek (untuk bangunan dan kenderaan yang berderet-deret)
CONTOH: bas, basikal, gerai, kedai, kereta, lori, motosikal, rumah.
- Sederet kedai di pekan itu telah musnah dijilat api.
ekar (untuk kawasan yang luas)
CONTOH: bendang, ladang, tanah, dusun durian.
- Pak Cik Tan menjual beberapa ekar tanahnya untuk membiayai perbelanjaan perubatan anak bongsunya.
ekor (untuk binatang, ikan, dan serangga)
CONTOH: angsa, arnab, ayam, burung, cacing,cengkerik, harimau, ikan, rusa, singa, tikus, ular, ulat, zirafah.
- Dua ekor lembu Pak Medan memusnahkan anak-anak pisang yang baru ditanamnya.
gelas (untuk cecair yang diisikan ke dalam gelas)
CONTOH: air, kopi, susu, teh.
- Amira Nabila meminum segelas susu sewaktu bersarapan pagi tadi.
gelung (untuk benda yang panjang dan bergelung)
CONTOH: dawai, kawat, rotan, tali, wayar.
- Pak cik Kamal membeli beberapa gelung dawai dari kedai runcit itu.
helai (untuk benda yang nipis, lembut, lebar, dan berkeping-keping)
CONTOH: baju, borang, cadar, daun, kain, kertas, sampul surat, sapu tangan, selimut, seluar, tuala.
- Mak Munah mengambil beberapa helai daun pegaga untuk dibuat ulam.
hidang (untuk makanan yang siap disajikan)
CONTOH: kuih, lauk, nasi.
- Ibu mengeluarkan dua hidang lauk ikan jelawat untuk dijamu kepada para tetamu.




VERY GOOD...
ReplyDeleteGood learning 👍👍👍........
ReplyDeleteni hao.and salam.sorry ganggu .i mahu tanya.kalau coklat..se.. apa ya? sebab i tidak jumpa that answer yet😢
ReplyDeleteSekeping coklat atau sebuku coklat..byk maksudnya..mengikut rupanya...
ReplyDeletetambahan: seutas rantai, jam tangan, gelang dsb
ReplyDeleteKalau English ke malay.. a tab of margarine, apa ye?
ReplyDelete