Wednesday 16 November 2011

Penjodoh Bilangan

GoAnimate.com: Penjodoh+Bilangan+-+4a101 by robotworld


Like it? Create your own at GoAnimate.com. It's free and fun!

Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan)

  • "Penjodoh '' membawa erti ''pemadan '', ''pasangan'' atau ''lawan'' sesuatu.
  • "Penjodoh bilangan'' merupakan perkataan yang digunakan mendahului dan berpasangan dengan sesuatu kata nama untuk menjelaskan jenis dan bilangan kata nama itu . Contohnya : ekor untuk serangga dan haiwan , helai untuk kain dan kertas , keping untuk kad dan papan , biji untuk buah-buahan , buah untuk buku dan rumah , dan lain-lain lagi.
  • Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk membilang kata nama abstrak seperti " beberapa cara", "semua pendapat", "satu abad", "segla sifat" ," pelbagai peringkat " dan sebagainya.Contohnya : baris , bentuk , biji , buah , butir dan lain-lain tidak perlu diselitkan kepada kata nama abstrak itu.
  • Jika penjodoh bilangan tidak perlu digunakan di mana-mana, maksud perkataan yang berikutnya masih jelas tetapi frasa atau ayat itu mungkin tidak menjadi sesempurna yang diharapkan dalam penggunaan bahasa Melayu.Contohnya:"dua sahabat" berbanding dengan "dua orang sahabat " , "lima ayam" berbanding dengan "lima ekor ayam" atau "satu rumah" berbanding dengan "sebuah rumah" atau "(apa?) nasi" berbanding dengan "sesuap nasi  ".
  • Penjodoh Bilangan apabila digunakan dalam sesuatu frasa atau ayat , dapat menghasilkan penggunaan bahasa yang lebih indah dan idiomatik.Contohnya: " seulas nangka" dapat memberikan makna yang lebih tepat dan jelas daripada " sebiji nangka" apabila hendak menunjukkan maksud "isi" nangka itu sendiri . Begitu juga, misalnya,apabila hendak membezakan saiz atau kuantiti sesuatu seperti "sebaris puisi"dengan "serangkap puisi " dan "sesisir pisang" dengan"setandan pisang".
Contoh:
 Pak Tam           mengambil               dua                       cekak             benih padi
Kata Nama        Kata Kerja         Kata Bilangan         Penjodoh        Kata Nama Am
       Khas                                            Tentu                          Bilangan


KEGUNAAN PENJODOH BILANGAN
angkatan ( untuk kumpulan atau kelompok benda dan manusia)
CONTOH: belia , kapal perang , pelukis , penulis , sasterawan , tentera.
-Seangkatan tentera telah dihantar untuk berkhidmat di Bosnia.

bakul ( untuk benda yang disikan dalam bakul)
CONTOH: buah kuih , makanan , sampah.
-Penjual buah itu memunggah beberapa bakul buah durian ke atas lori.


baris ( untuk benda yang berderet atau manusia yang beratur)
CONTOH: ayat , bangku , kedai , murid , orang , pokok , rumah , tulisan .
-Sebaris kedai telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran semalam.

batang(untuk benda yang lurus , panjang dan keras)
CONTOH: galah , gigi , jalan , kapur ,kayu , lidi , lilin , mancis , paku , pembaris , pen , pensel , rokok , sungai , tongkat
-Adik meminta abang membelikannya sebatang pensel.

bentuk ( untuk benda kecil yang berbentuk lengkung)
CONTOH: cincin , mata kail , subang
- Ayah menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada ibu.

berkas ( untuk benda yang telah diikat dalam satu ikatan)
CONTOH: buluh , kayu , kunci , lidi ,  pensel , ranting , rotan .
-Pak Alim memikul seberkas kayu api dari dalam hutan .

bidang (untuk benda yang lebar , luas dan rata )
CONTOH: bendang , kebun , ladang , layar , permaidani , sawah , tanah , tikar.
-Petani itu sedang membajak sebidang tanah sawah berhampiran rumahnya

biji( untuk buah-buahan dan benda yang berbentuk bulat)
CONTOH: batu , bola , butang , cawan , ciku , durian , gasing , gula-gula , guli , nanas , pinggan , tembikai.
-Kak Ani membeli lima biji buah durian daripada penjual buah-buahan di gerai itu.

bilah (untuk senjata atau benda yang tajam dan runcing )
CONTOH: gergaji , gunting , jarum , kapak , keris , lembing , lidi , parang , pedang , pisau , tombak.
-Buah tembikai itu dibelahnya dengan menggunakan sebilah pisau yang tajam .

blok (untuk membilang deretan bangunan , bongkah yang besar , kumpulan atau kelompok negara , perumahan)
CONTOH: bangunan , rumah , pejabat , negara Eropah , kain
-Dalam kejadian kebakaran petang semalam , dua blok bangunan kayu telah musnah dijilat api .

botol (untuk bahan cecair yang diisikan ke dalam botol)
CONTOH: air , dakwat , kicap , minyak , ubat.
-Beberapa botol ubat telah diberikan oleh doktor kepada Mak Milah yang sedang sakit tenat.

buah (untuk benda yang besar , tempat , bangunan dan semua jenis kenderaan )
CONTOH: almari , bandar , bas , basikal , beg , bukit , buku , dewan , dusun , jam , pulau , radio , songkok , raga  , stadium.
-Kemalangan antara sebuah bas dan sebuah motokar itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.

buku (untuk benda yang berbuku dan berbongkah kecil )
CONTOH: benang , roti , sabun , gula melaka .
-Datuk memakan sebuku roti dengan seri  kaya dan mentega .

bungkus (untuk kumpulan benda yang dibalut )
CONTOH: coklat , mi , nasi lemak , biskut.
-Mak Munah menyediakan lima puluh bungkus nasi lemak setiap hari untuk dijual di kedai Pak Lajis.

butir (untuk benda yang kecil dan bulat)
CONTOH: bawang , beras , intan , kelapa , manik , peluru , telur
-Datuk membeli seratus butir peluru dari kedai senjata api berlesen.

calit (untuk membilang tanda-tanda kecil yang terdapat pada sesuatu benda )
CONTOH: kapur ,  lumpur ,  dakwat
-Terdapat secalit dakwat yang berwarna hitam  di baju sekolah Ah Hao.

carik (untuk benda yang dikoyak kecil-kecil memanjang )
CONTOH: daun , kain , kertas , perca .
-Ayah membuang tahi cicak dengan secarik kertas.

cebis (untuk benda yang sudah dipotong atau dikoyak kecil-kecil)
CONTOH: kain , kertas
-Abang menulis alamatnya di atas secebis kertas.

cekak (untuk benda yang dipengang secara mencekak )
CONTOH: benih padi , daun sirih , sayur-sayuran , serai
- Pak Tam mengambil dua cekak benih padi dari tapak semalam.

das ( untuk bunyi letupan dan tembakan)
CONTOH: meriam, pistol, senapang.
-Polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah perompak itu.

derek (untuk bangunan dan kenderaan yang berderet-deret)
CONTOH: bas, basikal, gerai, kedai, kereta, lori, motosikal, rumah.
- Sederet kedai di pekan itu telah musnah dijilat api.

ekar (untuk kawasan yang luas)
CONTOH: bendang, ladang, tanah, dusun durian.
- Pak Cik Tan menjual beberapa ekar tanahnya untuk membiayai perbelanjaan perubatan anak bongsunya.

ekor (untuk binatang, ikan, dan serangga)
CONTOH: angsa, arnab, ayam, burung, cacing,cengkerik, harimau, ikan, rusa, singa, tikus, ular, ulat, zirafah.
- Dua ekor lembu Pak Medan memusnahkan anak-anak pisang yang baru ditanamnya.

gelas (untuk cecair yang diisikan ke dalam gelas)
CONTOH: air, kopi, susu, teh.
- Amira Nabila meminum segelas susu sewaktu bersarapan pagi tadi.

gelung (untuk benda yang panjang dan bergelung)
CONTOH: dawai, kawat, rotan, tali, wayar.
- Pak cik Kamal membeli beberapa gelung dawai dari kedai runcit itu.

helai (untuk benda yang nipis, lembut, lebar, dan berkeping-keping)
CONTOH: baju, borang, cadar, daun, kain, kertas, sampul surat, sapu tangan, selimut, seluar, tuala.
- Mak Munah mengambil beberapa helai daun pegaga untuk dibuat ulam.

hidang (untuk makanan yang siap disajikan)
CONTOH: kuih, lauk, nasi.
- Ibu mengeluarkan dua hidang lauk ikan jelawat untuk dijamu kepada para tetamu.






SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DI SEKOLAH

Gambar dibawah ini menunjukkan sambutan bulan kemerdekaan di SJK(C) Chee Wen,Subang Jaya. 


Hari Kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingan yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cintai akan negara ini. Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini dapat memupuk semangat patriotik atau cintai akan negara. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya. 

Sambutan Hari Kemerdekaan Di Sekolah Chee Wen~